Friday, January 4, 2013

Bilik Darjah Sekolah Rendah.

Bilik darjah sekolah rendah masa kini amat berbeza daripada bilik darjah tradisi, walaupun saiz bilik darjah tidak berubah.

Dari segi susunan fizikal, kerusi dan meja murid disusun mengikut kaedah kumpulan. Ini kerana kurikulum sekolah rendah masa kini menekankan aktiviti pembelajaran murid secara kumpulan dan interaksi di antara guru dengan murid serta murid dengan guru (komunikasi dua hala).

Dari segi strategi pengajaran, pendekatan pengajaran yang digunakan dalam bilik KBSR/ KSSR berpusat kepada murid-murid, dan penglibatan murid-murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran digalakkan. 

Dari segi bentuk dan kemudahan, bilik darjah kini disediakan dengan ruang-ruang pembelajaran untuk memudahkan murid-murid menjalankan aktiviti pembelajaran. Disamping itu hasil kerja murid dan bahan-bahan pembelajaran dan pengajaran diletak ditempat yang sesuai dalam bilik darjah dengan tujuan untuk menimbulkan suasana yang menarik dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Bagaimana pun pada masa kini banyak sekolah rendah dan sekolah menengah telah menggunakan semula bilik darjah tradisi untuk aktiviti P&P. 

No comments:

Post a Comment

terima kasih atas komentarnya!;)

Newer Post Older Post Home