Showing posts with label Sekolah Amanah Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Sekolah Amanah Malaysia. Show all posts

Tuesday, October 15, 2019

Contoh Teacher Target / Kajian Tindakan Bahasa Arab Tahun 3

Bismillah..

salam semua, sekadar nak kongsikan apa yang teelah pun saya jalankan selama saya berada di Sekolah Amanah Malaysia.

Teacher Target ni macam Kajian Tindakan yang kita lakukan untuk murid yang lemah dalam sesuatu kemahiran, lebih lagi dalam mengajar Bahasa Arab. 

Saya tahu apa yang saya kongsikan sangat biasa-biasa, apa pun, niatnya untuk semua jadikan contoh sahaja...jangan pula ditiru bulat-bulat yer...sebab Kajian ini kita jalankan secara REAL..bukan dibuat-buat! 


Tajuk Kajian Tindakan saya adalah:
Meningkatkan Kemahiran Menulis di kalangan murid Tahun 3G terhadap kalimah Bahasa Arab yang dipelajari sepanjang tahun melalui Padanan Huruf Arab Tunggal dan Papan Interaktif (Jidar kalimah)

Berikut merupakan Rangka Teachers Target saya

↓↓↓↓↓↓↓↓↓


FEBRUARI :
-      Membuat perangcangan bersama partner.
-      Tempat : Kelas 3G
-      Masa : Waktu Bahasa Arab
-      Isu pembelajaran : Kelemahan murid dalam menulis kalimah Bahasa Arab yang baru dipelajari
-      Kumpulan sasaran : Murid kelas 3 Genius
-      Projek : Padanan Huruf f & Jidar Kalimah

·       Berbincang bersama Middle Leader mengenai projek.

MAC :
·       Mencipta soalan Ujian Pra
·       Menjalankan Ujian Pra kepada murid kelas 3G
·       Mengumpul data murid dari kelas 3G melalui Ujian Pra dan membuat perbandingan tahap kemampuan murid lemah, sederhana dan advance

APRIL:
·       Menyediakan bahan-bahan seperti Padanan Huruf Arab tunggal serta Jidar Kalimah
·       Menyediakan bahan-bahan bantu mengajar yang lain yg akan digunakan semasa dalam kelas
·       Menyediakan soalan yang akan diedarkan pada setiap bulan sebagai penilaian terhadap murid
MEI – OGOS:
·       Menjalankan pengajaran dan pembelajaran seperti biasa pada setiap minggu pertama dengan mengaplikasikan cara yang dicadangkan ini kepada murid 3G
·       Murid yang agak lemah akan mula mengeja dan mengingat kalimah dengan bantuan  huruf hijaieyah dan mula menyambungkan huruf. (bagi minggu pertama setiap kali masuk tajuk baru)
·       Murid  yang sederhana dibimbing melalui gambar dan kalimah dan murid tersebut hanya tinggal mengisi tempat kosong dengan kalimah yg betul
·       Murid yang agak bijak, guru hanya meletakkan gambar dan murid tersebut menulis sendiri kalimah yg dipelajari setelah mahir dengan kalimah tersebut
·       Murid akan dinilai kemahiran menulis mereka dan kemahiran menggunakan Padanan Huruf setiap bulan dan akan diberikan markah serta reward sekiranya berjaya dalam menguasai sesuatu kalimah
·       Kalimah yang telah dikuasai dengan baik akan ditampal pada Jidar Kalimah
SEPTEMBER:

·       Guru menyediakan Ujian Pos sebagai penilaian kepada murid untuk mengetahui setakat mana kemampuan murid dalam menulis dengan menggunakan bantuan Padanan Huruf dan Jidar Kalimah
·       Menyediakan laporan hasil dari kajian yang dijalankan serta mengumpul evidens sebanyaknya sebagai data dan menghantar tepat pada waktunya


Untuk EVIDENS lain, boleh download di sini
↓↓↓↓↓↓


Wednesday, January 16, 2019

Cooperative Learning Structure (CLs) - GIVE ONE GET ONE

Bismillah..

Assalamualaikum wbt...


Alhamdulillah, terrajin sikit hari ini untuk bekongsi lagi dengan semua...


ini adalah salah satu Cooperative Learning Structure yang baru yang ros guna pakai bermula tahun lepas, lepas habis CPD ke -4 di sekolah..yang ros dan kawan Middle Leader iaitu Syahida handle untuk Assessment for Learning. Kami gunakan CLs yang baru yang kita kenal sebagai Give One Get One..

Macam mana nak guna CLs ni???

Mudah sangat...



ni dia dekat atas ni boleh tengok contoh yang ros buat, if rasa tak menarik boleh cuba buat yang lain ;)


Cara nak gunakan GIVE ONE - GET ONE ini adalah:

1) Give One ---> idea diberi oleh individu itu sendiri
2) Guru beri masa selama berapa minit ikut kesesuaian tajuk yang diajar, maacam ros sangat mudah, berikan maksud keluarga yang kamu tahu? 
3) setelah murid tulis jawapan mereka pada GIVE ONE, murid bergerak secara rawak ikut suka hati depa cari kawan lain untuk isi pula pada GET ONE.
4) GET ONE tu mesti / wajib tulis jawapan rakan mereka dan berlainan dengan jawapan murid. Di sini nampak murid bergerak dan belajar. Memang seronok sebab murid akan dapat pelbagai jawapan yang berbeza pastinya..


Selamat Mencuba! 


untuk idea aktiviti yang lain boleh lah search sahaja di GOOGLE --> Cooperative Learning / Collaborative Learning Activity...insyaAllah banyak yang akan keluar...beserta panduan lagi tau! ;) 


kalau ros terrajin lagi insyaAllah ros akan kongsikan dengan yang lain ;) 


Older Posts Home