Showing posts with label j-QAF. Show all posts

Saturday, December 29, 2012

Latar Belakang & Hasrat Kurikulum Standard Sekolah Rendah.

LATAR BELAKANG

Transformasi Kurikulum Kebangsaan bertitik tolak daripada keputusan Mesyuarat Susulan Jemaah Menteri Bil.6/2008 yang dipengerusikan oleh Y.B. Menteri Pelajaran pada 23 Mei 2008. Satu usaha penambahbaikan dalam sistem pendidikan negara teruta
manya di peringkat sekolah rendah perlu dilaksanakan supaya kurikulum persekolahan memenuhi keperluan dan cabaran semasa serta akan datang. Sehubungan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah melaksanakan satu kajian dan mendapati wujudnya keperluan untuk melakukan transformasi kurikulum sekolah rendah.

Transformasi kurikulum sekolah rendah merupakan penyusunan semula dan penambahbaikan kurikulum persekolahan rendah sedia ada. Tujuan transformasi adalah untuk memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa bagi menghadapi cabaran abad ke-21. Fokus transformasi kurikulum persekolahan rendah adalah kepada kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M), sebaliknya mengambil kira kemahiran penaakulan, kreativiti dan inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) serta elemen keusahawanan.

Dalam proses transformasi kurikulum persekolahan rendah, KPM telah melakukan penandaarasan dengan kurikulum persekolahan negara maju bagi memastikan kurikulum persekolahan kebangsaan yang dibangunkan setanding dengan pendidikan global. Di samping itu, KPM turut mendapatkan input daripada pelbagai pihak berkepentingan seperti Pertubuhan Bukan Kerajaan, industri, akademik dan ibu bapa. Berdasarkan kepada input-input tersebut maka konsep kurikulum persekolahan rendah berasaskan standard dibangunkan.

Lanjutan daripada itu, konsep kurikulum persekolahan rendah mendapat kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Pusat Bil.3/2009 pada 2 Oktober 2009. KPM membangunkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) berasaskan prinsip-prinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kurikulum yang dibangunkan turut melibatkan kurikulum Pendidikan Khas. Bagi memastikan kurikulum tersebut mantap, pelaksanaan rintis telah dilakukan di sekolah rendah terpilih di seluruh negara.

HASRAT KSSR

Kurikulum Standard Sekolah Rendah berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang, berfikiran kreatif, kritis dan inovatif melalui tunjang-tunjang komunikasi, sains dan teknologi, perkembangan fizikal dan estetika, keterampilan diri,  kemanusiaan dan kerohanian, sikap dan nilai

Kurikulum Standard Sekolah Rendah berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan  Dasar Pendidikan Kebangsaan.  KSSR mengambil kira cabaran abad ke-21, Model Baru Ekonomi (MBE) dan teori pembelajaran terkini. KSSR juga mengguna pakai empat tonggak pendidikan UNESCO, iaitu belajar untuk mengetahui (learning to know), belajar untuk bertindak (learning to do), belajar untuk hidup bersama (learning to live together) dan belajar untuk membentuk peribadi (learning to be).

Murid yang mengikuti KSSR akan mempunyai asas-asas berikut:
- Insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial
- Warganegara yang bertanggungjawab
- Warganegara yang boleh berperanan di arena global (Global Player)
- Pekerja berilmu.
Rajah Hasrat KSSR
untuk mengetahui KSSR dengan lebih lanjut..layari laman WEB Bahagian Pembangunan Kurikulum KSSR.

Karangan Bahasa Arab - Siapa Saya? - BLAI 5003

الموضوع: من أنا؟

من أنا؟ نحن قد عرفنا بأننا مخلوقات من الله تعالى، وكذلك أنا. أنا إسمي روسماريزا بنت رافعي. ولدت في التاريخ 27 من شهر يوليو في السنة 1986. وعمري الأن أربعة وعشرون سنة. أسكن مع أسرتي في تامن سري دويوغ، بملاك. ولكن الأن سكنتُ في بيت الطلبة يعني في بنجي.
عندي أسرة السعيدة. تتكون أسرتي من أبي وأمي وواحدة من الأخت وثلاثة من الإخوان. إسم أبي رافعي بن حسين وإسم أمي مريم بنت حاج كيمان. قد عمل أبي كسائق السيارة وهو دائما مشغول بعمله ولذلك هو أحيانا موجود في البيت. وأما أمي المحبوبة فقط ربّة البيت.
ومن حيث الدراسة، درست الأن في الكلية الجامعية الإسلامية العالمية بسلانجور. أخذت مجال البكالوريوس اللغة العربية بوصفها لغة ثانية. أحب اللغة العربية حبّاً شديداّ وأنا أيضا أحب أن أمارس اللغة العربية حتى أتمكن بها وحتى أخر من حياتي لأن اللغة العربية معروف باللغة الجنة واللغة القرآن الكريم. قبل وصلت الدراسة في مستوى البكالوريوس، درست أيضا في نفس الكلية بمستوى الدبلوم اللغة العربية وآدابها.
 إنتهيتُ من الدراسة في مستوى الدبلوم في السنة 2008 وتكون حفلة التخرج في شهر يوليو. وخبرتي التي لا يمكن أن أنسى في تلك الوقت هي، حصلت على الطلبة الممتازة للقسم اللغة العربية وآدابها. أشكر الله على نعمته وخبرتي الجديدة.
ماذا سأفعل في وقت الفراغ؟  أنا سأقضي وقت الفراغ بأفتح الإنترنيت خصوصا البريد الإلكتروني وأيضا صفحتي المحبوبة يعني فيسبوك "FACEBOOK". وأنا أكسل في قراءة الكتب ولا يحب أن أبحث شيئ جديد مثلا من حيث العلوم والمعرفة، ولذلك أحاول أن أكون طالبة جيِّدة وممتازة التي لا تكسل في تنمية النفسي كي تقدُّم معاً بطلبة آخر. هذا كل ما لديَّ عن نفسي.

Older Posts Home