Bismillah..
salam semua, sekadar nak kongsikan apa yang teelah pun saya jalankan selama saya berada di Sekolah Amanah Malaysia.
Teacher Target ni macam Kajian Tindakan yang kita lakukan untuk murid yang lemah dalam sesuatu kemahiran, lebih lagi dalam mengajar Bahasa Arab.
Saya tahu apa yang saya kongsikan sangat biasa-biasa, apa pun, niatnya untuk semua jadikan contoh sahaja...jangan pula ditiru bulat-bulat yer...sebab Kajian ini kita jalankan secara REAL..bukan dibuat-buat!
Tajuk Kajian Tindakan saya adalah:
Meningkatkan Kemahiran Menulis
di kalangan murid Tahun 3G terhadap kalimah Bahasa Arab yang dipelajari
sepanjang tahun melalui Padanan Huruf Arab Tunggal dan Papan Interaktif (Jidar
kalimah)
Berikut merupakan Rangka Teachers Target saya
↓↓↓↓↓↓↓↓↓
FEBRUARI :
-
Membuat
perangcangan bersama partner.
-
Tempat : Kelas 3G
-
Masa : Waktu Bahasa Arab
-
Isu pembelajaran : Kelemahan murid dalam menulis
kalimah Bahasa Arab yang baru dipelajari
-
Kumpulan sasaran : Murid kelas 3 Genius
-
Projek : Padanan Huruf f & Jidar Kalimah
·
Berbincang
bersama Middle Leader mengenai projek.
MAC :
·
Mencipta
soalan Ujian Pra
·
Menjalankan
Ujian Pra kepada murid kelas 3G
·
Mengumpul
data murid dari kelas 3G melalui Ujian Pra dan membuat perbandingan tahap
kemampuan murid lemah, sederhana dan advance
APRIL:
·
Menyediakan
bahan-bahan seperti Padanan Huruf Arab tunggal serta Jidar Kalimah
·
Menyediakan
bahan-bahan bantu mengajar yang lain yg akan digunakan semasa dalam kelas
·
Menyediakan
soalan yang akan diedarkan pada setiap bulan sebagai penilaian terhadap murid
MEI – OGOS:
·
Menjalankan
pengajaran dan pembelajaran seperti biasa pada setiap minggu pertama dengan
mengaplikasikan cara yang dicadangkan ini kepada murid 3G
·
Murid
yang agak lemah akan mula mengeja dan
mengingat kalimah dengan bantuan huruf
hijaieyah dan mula menyambungkan huruf. (bagi minggu pertama setiap kali masuk
tajuk baru)
·
Murid
yang sederhana dibimbing melalui gambar
dan kalimah dan murid tersebut hanya tinggal mengisi tempat kosong dengan
kalimah yg betul
·
Murid
yang agak bijak, guru hanya meletakkan gambar dan murid tersebut menulis
sendiri kalimah yg dipelajari setelah mahir dengan kalimah tersebut
·
Murid
akan dinilai kemahiran menulis mereka dan kemahiran menggunakan Padanan Huruf setiap
bulan dan akan diberikan markah serta reward sekiranya berjaya dalam menguasai
sesuatu kalimah
·
Kalimah
yang telah dikuasai dengan baik akan ditampal pada Jidar Kalimah
SEPTEMBER:
·
Guru
menyediakan Ujian Pos sebagai penilaian kepada murid untuk mengetahui setakat
mana kemampuan murid dalam menulis dengan menggunakan bantuan Padanan Huruf dan
Jidar Kalimah
·
Menyediakan
laporan hasil dari kajian yang dijalankan serta mengumpul evidens sebanyaknya
sebagai data dan menghantar tepat pada waktunya
Untuk EVIDENS lain, boleh download di sini
↓↓↓↓↓↓
No comments:
Post a Comment
terima kasih atas komentarnya!;)