Friday, December 28, 2012

Contoh Kertas Kerja 2 Lawatan Ke Langkawi - BLAV 5003


 LOGO SEKOLAH / KOLEJ ANDA

KERTAS KERJA CADANGAN


“REHLAH TARBIYYAH ILA LANGKAWI”
PADA:
29 JULAI 2010 – 1 OGOS 2010


ANJURAN:
MAHASISWA SARJANA MUDA BAHASA ARAB SEBAGAI BAHASA KEDUA (BASL)
SEMESTER 5, SESI MEI 2010/2011

DENGAN KERJASAMA:
FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
JABATAN PEMBANGUNAN MAHASISWA


______________________________________________________

1.0  TUJUAN
Kertas kerja ini diajukan kepada pihak pengurusan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) untuk mendapatkan kelulusan menjalankan program Rehlah Tarbiyyah Ila Langkawi.

2.0  LATAR BELAKANG
Program Bahasa Arab Sebagai Bahasa Kedua (BASL) merupakan salah satu program di peringkat Sarjana Muda yang memfokuskan bahasa Arab sebagai bahasa untuk tujuan kerjaya. Ia dibuktikan dengan 69 jam kredit daripada 109 jam kredit keseluruhan untuk program ini dikhususkan untuk subjek bahasa Arab yang bersifat professional dan semasa.
            Subjek Al-Lughah Al-Arabiyyah Lil Aghrad Siyahiyyah (BLAV 5003) merupakan satu manifestasi kepada perkembangan bahasa Arab sebagai bahasa kedua di Malaysia. Ia merupakan latihan bagi pelajar BASL untuk berkomunikasi didalam bahasa Arab dalam industri pelancongan. Oleh itu kami memerlukan sokongan yang kuat dari segenap pihak demi menjayakannya.
            Justeru, program ini dirangka khusus untuk memberi pendedahan awal kepada para mahasiswa BASL kepada bidang kerjaya dalam bahasa Arab di Malaysia khususnya dalam bidang pelancongan.

3.0 OBJEKTIF
2.1  Menjadi platform untuk mahasiswa BASL dalam melatih diri  khususnya dalam industri kerjaya pelancongan.
2.2  Mendedahkan para mahasiswa bidang sektor pekerjaan yang bakal ditempuhi meliputi skop kerja yang luas.
2.3  Menjadi medium kepada para mahasiswa untuk bergiat aktif dan melatih pelajar supaya berani tampil dihadapan orang ramai.
2.4  Mempromosikan program BASL kepada masyarakat demi menambah nilai kebolehpasaran kepada para graduan BASL.

4.0 NAMA PROGRAM
“REHLAH TARBIYYAH ILA LANGKAWI”

5.0 TARIKH CADANGAN
29 JULAI 2010 – 1 OGOS 2010.
6.0     Peserta
            Seramai 25 orang peserta akan mengikuti lawatan ilmiah ini yang terdiri daripada pelajar dan seorang (1) pensyarah selaku penyelaras dan penasihat. Kami juga akan membawa 10 orang pelancong dari negara Arab. Jumlah keseluruhan peserta seramai 36 orang.

7.0 TEMPAT-TEMPAT LAWATAN
5.1 Cable car
5.2 Underwaterworld
5.3 Makam Mahsuri
5.4 Dataran Helang
5.5 Island Hopping
5.6 Pekan Kuah
5.7 Taman Lagenda
5.8 Bird Watching

8.0 ANJURAN
MAHASISWA SARJANA MUDA BAHASA ARAB SEBAGAI BAHASA KEDUA  (A), SEMESTER 5,
      SESI MEI 2010/2011

9.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA
       RUJUK LAMPIRAN 1

10.0 ANGGARAN BELANJAWAN
RUJUK LAMPIRAN 2


11.0 TENTATIF
       RUJUK LAMPIRAN 3

12.0 PENUTUP
Semoga Program Lawatan Ilmiah yang dinamakan “Rehlah Tarbiyyah Ila Langkawi” ini dapat berjalan dengan lancar dan jayanya. Selain dari itu, kami juga mengharapkan agar program ini mendapat perhatian yang sewajarnya daripada pihak pengurusan. Ini kerana program seperti ini dapat mempertingkatkan nilai kebolehpasaran graduan KUIS dan memperkasakan program BASL kearah mendokong penaiktarafan KUIS ke taraf universiti penuh.



Disediakan oleh :



……………………………...
Nama: Rosmarieza bt Rofiee
Jawatan: Setiausaha I
Tarikh:
Disemak oleh:



…………………………
Nama: Ustaz Mohd Nothman b Mohd Nor
Jawatan: Penasihat Sarjana Muda BASL
Tarikh:
Disokong oleh:


……………………………….
Nama: Ustaz Rofian b Ismail
Jawatan: Ketua Jabatan Bahasa Arab
Tarikh:

Disahkan oleh:


……………………………
Nama: Ustaz Yahya b Mohd Razi AMN
Jawatan: Dekan FBMK
Tarikh:



LAMPIRAN 1

JAWATANKUASA PELAKSANA

Penasihat
Ustaz Mohd Nothman b Mohd Nor

Pengarah
Mohammad Soleh bin Adnan
Timbalan Pengarah
Khalimatus  Sa'adiah bte Mohamad

Setiausaha
Rosmarieza bte Rofiee
Munira bte Sirajudin

Bendahari
Zakiah bte Abd Rahman


BIRO PELAKSANA
 Biro Penempatan
Mohd Norasyiq bin Ghazali
Najhan Farhin bte Idris

 Biro Pengangkutan
Muh Sjafie bin Abd Wahid
Nur Adibah Balqis bte Othman
 Biro Teknikal
Muhamad Munif bin Abu Said
Nurul Afuza bte Zamri

Cenderahati
Nurul Jannah bte Osman
Rafiza Raiyhan bte Mohb Suibek
Makanan
Raihan bte Ab Rashid
Nurul Alkariah bte Mat Lela

Tugas-tugas Khas

Nurfaraibtisam bte Sirun
Asma' Bte Zulkifli
Siti Haminah bte Che Ngah
Shafira bte Md Zainal Abidin
Nur Hafizah bte Hamzah
Nur Tayyibah Az-zahra bt Syed Aboo Taher























LAMPIRAN 2



BELANJAWAN
ANGGARAN BELANJAWAN
HARGA
KUANTITI
JUMLAH
    PENGANGKUTAN                          
BAS
FERI
VAN
            BOT

RM 120
RM 50
RM 400
RM 36

35 ORG
35 ORG
3 BUAH
35 ORG

RM 4200
RM 1750
RM 1200
RM 1260

    TEMPAT TINGGAL
            CHALET

RM 150

6 BUAH BILIK

RM 900
    MAKANAN
RM 30
35 ORG
RM 1050
    TIKET
            UNDERWATERWORLD
            CABLE CAR
            ISLAND HOPPING
            TEMPAT BERSEJARAH

RM 30
RM 20
RM 36
RM 32

35 ORG
35 ORG
35 ORG
35 ORG

RM 1050
RM 700
RM 1260
RM 1120
JUMLAH KESELURUHAN
RM 14490.00

JUMLAH YANG TERKUMPUL: RM 3000.00
JUMLAH YANG MASIH DIPERLUKAN IALAH: RM11490.00
                                                                                                                                                                               



LAMPIRAN 3
TENTATIF PROGRAM

29 JULAI 2010 (KHAMIS)
MASA
AGENDA
6.00 P.M
KHIDMAT DIRI
10.00 P.M
BERTOLAK DARI KUIS

HARI PERTAMA
30 JULAI 2010 (JUMAAT)
MASA
AGENDA
6.00 A.M
TIBA DI KUALA PERLIS
6.30 A.M
SARAPAN DI JETI KUAH
7.30 A.M
MENAIKI FERI KE PULAU LANGKAWI
9.00 A.M
TIBA DI JETI PULAU LANGKAWI
10.00 A.M
BERTOLAK KE DATARAN HELANG
12.00 A.M
BERTOLAK KE CHALET (PANTAI CHENANG)
CHECK-IN
KHIDMAT DIRI
الطعام
2.00 P.M
BERTOLAK KE CABLE CAR
3.00 P.M
TIBA DI CABLE CAR
5.00 P.M
TAMAN LAGENDA, MAKAM MAHSURI,
6.30 P.M
PULANG KE CHALET
KHIDMAT DIRI
SOLAT MAGHRIB
KULIAH MAGHRIB( USTAZ SOLEH )
SOLAT ISYA’ (BACAAN HADIS)
9.00 P.M
UNDERWATER WORLD
12.00 A.M
النوم






HARI KEDUA
31 JULAI 2010 (SABTU)
MASA
AGENDA
5.30 A.M
KHIDMAT DIRI
6.00 A.M
SOLAT SUBUH
7.30 A.M
SARAPAN
8.30 A.M
ISLAND HOPPING (3 PULAU)
1.00 P.M
KHIDMAT DIRI
SOLAT ZUHUR
الطعام
2.00 P.M
KE PEKAN KUAH
5.00 P.M
KE BIRD WATCHING,
7.15 P.M
SINGGAH DI MASJID  (SOLAT MAGHRIB)
8.00 P.M
BBQ
10.00 P.M
PUSING BANDAR
10.30 P.M
PULANG KE CHALET
11.00 P.M
MEMBUAT KEPERLUAN MASING2

HARI KETIGA
1 JULAI 2010 (AHAD)
MASA
AGENDA
6.00 A.M
SOLAT SUBUH
8.00 A.M
SARAPAN, AKTIVITI PANTAI
11.00 A.M
KEMAS BARANG
12.30 A.M
CHECK OUT
1.00 P.M
BERTOLAK KE JETI
SOLAT ZOHOR
الطعام
2.00 P.M
BERTOLAK KE JETI KUALA PERLIS
4.00 P.M
MENAIKI BAS DAN PULANG KE KUIS.

 

No comments:

Post a Comment

terima kasih atas komentarnya!;)

Newer Post Older Post Home