Saturday, December 29, 2012

Entrepreneurship & Personal Finance Assignment - BBBE 5003 #Part 2


       LATAR BELAKANG USAHAWAN.
Description: C:\Users\EndUser\Desktop\madam1.jpg
         Puan Zubaidah binti Ahmad
Dimulakan dengan kalimah “Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani”, Puan Zubaidah binti Ahmad memperkenalkan dirinya. Beliau dilahirkan pada 2 Mac 1969 di Kampung Ladang, Kuala Terengganu. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Sultan Sulaiman II dan meneruskan lagi pembelajarannya di Sekolah Menengah Sultan Sulaiman selama 3tahun, dari Tingkatan 1 hingga ke Tingkatan 3 dan beliau serta keluarga berpindah ke Kemaman setelah ayahnya pencen. Bapa beliau merupakan seorang askar manakal ibunya pula sebagai suri rumahtangga.  Beliau meneruskan persekolahannya di Sekolah Menengah Sultan Ismail, Kemaman dari Tingkatan 4 hingga ke Tingkatan 6. Ketika menuntut di Tingkatan 6, beliau telah dilantik sebagai pengawas sekolah dan menjawat jawatan sebagai Setiausaha. Beliau bergiat aktif dalam persatuan dan kurang aktif dalam sukan. Setelah menamatkan pembelajarannya di peringkat menengah, beliau meneruskan pembelajaran di Universiti Udayana, Bali dalam bidang Linguistik dan Undang-undang.
Berdasarkan “Mitos mengenai Usahawan” oleh Kuratko dan Hodgetts (2004), mitos tersebut menyatakan bahawa “Usahawan dilahirkan secara semulajadi, tidak boleh dicipta”, tetapi fakta pula menyatakan bahawa kebanyakkan usahawan dan bukan usahawan mengatakan ciri-ciri usahawan tidak boleh diajar dan dipelajari. Mereka mengatakan ciri usahawan adalah secara semulajadi. Tetapi kajian telah membuktikan usahawan boleh diajar dan dipelajari. Keusahawanan mempunyai model, proses dan terdapat kajian kes yang membolehkan topik tersebut dipelajari[1]. Ini telah dibuktikan oleh Puan Zubaidah sendiri, beliau bukanlah seorang usahawan yang berlatar belakangkan keluarga yang mempunyai perniagaan. Akan tetapi, beliau mempelajari ilmu usahawan ini melalui suami beliau sendiri. Beliau yang lebih senang dipanggil “madam” ini mengakui bahawa bukan senang untuk menjadi seorang usahawan, kerana beliaulah satu-satunya usahawan pertama dikalangan adik beradiknya yang mana kesemuanya bekerja di sektor kerajaan dan swasta. Beliau mempunyai seramai 9 adik beradik dan beliau adalah anak yang ke 7.
Beliau secara langsung tidak mempunyai pengalaman dalam bidang keusahawanan berbanding suaminya yang meminati bidang ini sejak kecil lagi. Dan tidak hairanlah kerana suaminya sendiri mempunyai darah daging usahawan yang agak dikenali ramai di Indonesia.
Puan Zubaidah mempunyai anak seramai 4 orang dan kesemuanya adalah putera.  Dua  diantaranya sekarang sedang menuntut di Pondok pesantren, Indonesia. Anak sulung beliau bernama Ahmad Hafiz,berumur 14 tahun dan sekarang menuntut di Pondok Pesantren, Indonesia, manakala anak keduanya bernama Naufal As-Shiddiq  juga menutut di institusi yang sama dengan abang sulungnya, manakala anaknya yang ketiga yang diberi nama Aminul Hakimi dan anaknya yang bongsu pula diberi nama Saifulillah Al- Nakhoi.
Apabila ditanya mengapa beliau menghantar anak-anaknya kesana, beliau sejurus dengan itu menjawab bahawa di Indonesia mempunyai latar belakang agama yang cukup kuat dan beliau juga ada menyatakan kebimbangan beliau terhadap keadaan bandar di Malaysia sekarang yang mana dari sudut sosialnya agak terlalu membimbangkan. Oleh yang demikian, beliau berserta suami lebih suka menghantar anaknya belajar di Indonesia, bahkan katanya sekolah tersebut cuma diberikan cuti sebanyak dua kali setahun iaitu pada Isra’ dan Mi’raj dan juga pada bulan Syawal ( Hari Raya Aidilfitri).
Selain dari itu juga, beliau yang menggemari  makanan nasi dagang ini menambah bahawa sekolah yang sedang dituntuti oleh kedua-dua anaknya sekarang adalah sebuah Sekolah Pondok Antarabangsa dan bahasa yang digunakan disana adalah bahasa Arab, bahasa Mandarin dan juga bahasa Inggeris. Beliau yakin dan pasti bahawa anak-anaknya terjamin masa depannya apabila diberi didikan agama yang secukupnya.


[1] Entrepreneurship,” Towards Developing Global Entrepreneurship Socities” m/s:8.

No comments:

Post a Comment

terima kasih atas komentarnya!;)

Newer Post Older Post Home