Saturday, December 29, 2012

Konsep Asas Psikologi.


Psikologi adalah perkataan yang berasal dari tamadun Greek purba, iaitu dari perkataan ‘psyche’ dan ‘logos’. Psyche bermaksud ‘jiwa’ dan logos bermaksud ‘kajian mengenai sesuatu’. Oleh itu, psikologi boleh diertikan sebagai satu kajian mengenai sesuatu yang memberi kesan kepada jiwa seseorang.

Merujuk kepada Kamus Dewan, psikologi didefinisikan sebagai:
           
            “Kajian tentang proses mental dan pemikiran, terutamanya berhubung dengan
            perlakuan manusia dan haiwan; pola pemikiran dan perlakuan seseorang atau
            sesuatu kumpulan tertentu;dan kebijaksanaan memahami sifat manusia.”

            Dari definisi tersebut, dapat dirumuskan bahawa ‘kajian mengenai sesuatu’ yang       
            dimaksud oleh perkataan ‘logos’ ialah kajian mengenai pemikiran yang dapat  
            mempengaruhi sikap dan perlakuan organisme.

           Terdapat beberapa definisi psikologi yang lain, yang menyokong pengertian psikologi  
            ini.
          
           Antaranya ialah:

           “The scientific study of the way the human mind works and how it influences  
               behaviour, or the influence of a particular person’s characteron their  
               behaviour”.(Cambridge International Dictionary of English, p.383).

           Henry L. Roediger dan rakan (1984) memberi definisi psikologi seperti berikut:
           “Psychology may be defined as the systematic study of behavior and mental life”.

           Kalat (1999) mengatakan bahawa psikologi ialah kajian sistematik tentang tingkah  
             Laku manusia dan pengalaman. Williams (1960) pula telah mendefinisikan psikologi   
             sebagai satu cabang penyiasatan saintifik untuk tingkah laku dan aktiviti.

Wittaker (1970) mengatakan psikologi merupakan sains tingkah laku. Oleh itu dapat dikatakan bahawa psikologi ialah kajian mengenai jiwa atau aspek rohani manusia secara saintifik.

Maka, psikologi secara ringkasnya boleh diberi definisi sebagai satu cabang penyiasatan saintifik ke atas mental dan tingkah laku manusia dan haiwan.

No comments:

Post a Comment

terima kasih atas komentarnya!;)

Newer Post Older Post Home