5.0 FAKTOR UTAMA TERLIBAT DALAM BIDANG
PERNIAGAAN.
Perniagaan
bukanlah sesuatu perkara dan bidang yang diminati oleh Puan Zubaidah, jika
diikutkan cita-cita asalnya, beliau ingin menjadi seorang peguam. Akan tetapi
jodoh beliau dengan perniagaan landskap yang dilakukannya sekarang ini lebih
kuat berbanding dengan cita-cita asalnya. Beliau memulakan perniagaan ini pada
tahun 2008.
Apabila
diajukan soalan, mengapakah beliau berminat untuk berniaga landskap ini?,
beliau menjawab dengan tenang bahawa beliau berkeinginan supaya setiap
perumahan yang baru disekitar kawasannya itu mempunyai elemen kecantikan
landskap tersendiri tidak kiralah dari peringkat golongan apa sekalipun. Kerana
kata beliau, setiap pengunjung yang datang ke kedainya bukanlah sekadar
golongan atasan semata bahkan golongan yang berpendapatan rendah juga
dikalangan pelanggannya yang ramai membeli pasu dan lukisan-lukisannya. Maka,
tidak hairanlah dunia sekarang amat mementingkan hisanan dalaman dan luaran
agar setiap rumah tampak lebih selesa dan mendamaikan.
Puan
Zubaidah mula berkecimpung dalam bidang perniagaan landskap ini semenjak
suaminya menjadi pendorong yang terkuat disisisnya. Beliau menjadi lebih berani
dan tampil lebih berkeyakinan setelah mendapat semangat yang diberikan oleh
suami beliau. Apa yang kami dapati ketika menemuramah beliau. Beliau merupakan
seorang usahawan wanita yang hanya bergantung pada suaminya dan tidak hairanlah
disepanjang temu bual kami bersama beliau, beliau lebih suka menyebutkan nama
suaminya Encik Mislachuddin bin Djawahir.
Ilmu
perniagaan yang diperolehi oleh Puan Zubaidah ini juga adalah hasil didikan
dari suaminya. Ini kerana, suaminya merupakan seorang yang agak pesimis dan
berfikiran kehadapan terhadap perniagaan landskapnya itu. Beliau juga sentiasa
memikirkan sesuatu yang terbaik bagi memajukan perniagaan beliau.
No comments:
Post a Comment
terima kasih atas komentarnya!;)