Saturday, December 29, 2012

Entrepreneurship & Personal Finance Assignment - BBBE 5003 #Part 9


9.0       MATLAMAT          
            Matlamat beliau pada masa akan datang ialah ingin melihat semua kawasan perumahan baru  atau rumah-rumah di Malaysia ini mempunyai lukisan dan landskap tersendiri supaya dapat mencapai kepuasan pada diri masing-masing.
Beliau juga turut berpegang kepada rumah adalah tempat bermulanya segala aktiviti. Oleh yang demikian, dekorasi yang sesuai amatlah penting dan  haruslah ada pada setiap rumah individu dengan tujuan mencapai kepuasan dan kelegaan kerana setiap permulaan adalah bermula dari rumah dan sudah tentunya masyarakat sekeliling juga inginkan rumah yang kelihatan damai dan tenang.
Beliau juga menyatakan hasratnya bahawa beliau akan meningkatkan kualiti perniagaannya sebagai sebuah kedai Sendirian Berhad (SDN BHD) dan matlamat beliau sekarang adalah beliau ingin mewariskan perniagaan landskap beliau ini kepada anak-anak beliau yang sekarang sedang menuntut di Indonesia.  

10.0     CIRI-CIRI USAHAWAN.
            Pada diri beliau, ciri-ciri yang perlu ada pada setiap usahawan adalah, orang yang bernama usahawan ini perlulah berani menempuhi setiap cabaran dalam perniagaan kerana untuk menjadi seorang usahawan bukanlan satu perkara yang mudah kerana bidang perniagaan ini amat mencabar. Kesabaran juga amat penting, dengan mempunyai sifat penyabar para usahawan boleh bersedia menghadapi ujian lebih-lebih lagi didalam melayan kerenah pelanggan. Ketahanan mental juga dapat membantu seorang usahawan itu dengan apa sahaja masalah yang akan ditempuhinya pada masa akan datang.
Walaupun berlakunya persaingan yang amat hebat diantara usahawan lain, akan tetapi beliau mempunyai pemikiran yang agak kreatif kerana dapat membuka perniagaan lain daripada yang lain. Beliau memilih perniagaan ini kerana beliau melihat kepada tempat iaitu premisnya yang strategik dan masih lagi tiada usahawan lain  yang  membuka perniagaan landskap ini, manakala perniagaan beliau adalah satu-satunya yang terdapat di Nilai Square, Negeri Sembilan.
            Beliau juga mempunyai semangat yang kuat untuk meneruskan perniagaan dalam apa jua masalah yang beliau tempuhi. Beliau mempunyai  pegangan agama yang kuat dan yakin dengan janji Allah yang mana rezeki datang pada bila-bila masa. Walaupun perniagaan beliau tidak mendapat sambutan pada hari ini, tetapi beliau tetap berfikiran positif  dan yakin bahawa rezekinya akan datang pada hari-hari yang berikutnya.

11.0     MODAL.
            Beliau memulakan perniagaannya dengan berbekalkan modal sebanyak  RM70,000. Beliau juga bukan dapat terus duit ini untuk membuka perniagaan tetapi beliau terpaksa membuat pinjaman disebabkan untuk melancarkan perniagaannya. Beliau dapat memulangkan keuntungan modalnya dalam masa tiga bulan sahaja. Beliau tidak pernah berhutang dengan orang lain. Apabila beliau tidak mencukupi modal untuk meneruskan perniagaannya, beliau akan berusaha untuk mengawal kemasukan barang mengikut modal yang ditentukan dan pada pendiriannya tidak wujud sistem hutang kerana hutang ini boleh merugikan perniagaan.
 Perniagaan beliau tidak di kunjungi mengikut musim tetapi pada bila-bila masa sahaja perniagaan beliau tetap berjalan dengan lancar.  Cabaran atau tekanan dan krisis yang dialami oleh beliau pada tahap pertama apabila nak memulakan modal. Beliau juga mengambil masa untuk mengumpulkan modal dan memusingkan modal semula yang telah digunakan. Beliau juga mempunyai cabaran untuk mencari pekerja tetap yang betul-betul memahami dan rajin bekerja. Beliau mempunyai dua orang pekerja sahaja dan kedua-duanya tidak bekerja sepenuh masa. 

No comments:

Post a Comment

terima kasih atas komentarnya!;)

Newer Post Older Post Home