Saturday, December 29, 2012

Entrepreneurship & Personal Finance Assignment - BBBE 5003 #Part 6


6.0       SITUASI PERNIAGAAN.
Apabila diajukan soalan ini kepada beliau, beliau megatakan bahawa beliau sejak asalnya bukan dari keluarga yang berlatar belakangkan ahli perniagaan. Malah, tambah beliau ibu dan bapanya bekerja dari sektor kerajaan. Bapa kepada Puan Zubaidah tersebut bekerja sebagai askar di Kuala Terengganu manakala ibunya pula cuma sebagai suri rumahtangga. Beliau memang seoarang yang tidak pernah terlibat langsung dalam industry perniagaan ini. Walaupun begitu, setiap orang bukanlah dilahirkan terus menjadi usahawan dan ada juga yang langsung tidak mempunyai asas dalam bidang ini, namun semangat seseorang yang bergelar suami kepada 4orang anak ini telah memberikan banyak dorongan padanya supaya meneruskan industri landskap ini.
Sepertimana yang kita ketahui sebelumnya, suami Puan Zubaidah ini pernah mengambil MBA (Master in Bussiness Administration) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), ilmu perniagaan yang dimilikinya sekarang diwarisinya semenjak beliau kecil lagi. Adik beradik beliau pula telah meneruskan perniagaan ibu dan ayahnya yang masih lagi aktif dijalankan di Indonesia. Perniagaan mereka sekeluarga itu adalah mengkomersialkan perniagaan kolam ikan dan kolam udang. Maka, tidak hairanlah jika bakat yang ada pada suaminya itu telah dimiliki sejak beliau masih kecil dengan adanya latar belakang keluarga yang membuat perniagaan.
            Setiap urusan perniagaan yang berlaku pasti ada kekurangan tersendiri, begitu juga dengan apa yang berlaku pada Puan Zubaidah. Kekurangan yang dialami sewaktu beliau memulakan perniagaannya adalah, beliau sukar untuk mendapatkan modal. Beliau menceritakan rentetan perniagaannya yang bermula dari meminjam “loan” sebanyak RM 70,000 dan modal tersebut mampu bertahan selama setahun setengah. Beliau amat bersyukur kerana dengan berbekalkan modal yang mampu bertahan selama setahun setengah itu, perniagaannya mengalami keuntungan kerana kata beliau, beliau telah mengambil 7 kali kontena barangan dari Indonesia. Keuntungan yang dialaminya itu adalah keuntungan yang amat cepat kerana tambah beliau lagi, barangan yang terdapat dikedainya seperti pasu, lukisan, dan barangan kraf yang lainnya itu dijual dengan harga yang amat murah dan berpatutan.
            Pada asalnya, perniagaan beliau itu bermula semenjak tahun 2008 yang mana premisnya terletak di Nilai 3. Perniagaan tersebut dilakukan bersama-sama rakannya. Akan tetapi, beliau hanya dan rakan niaganya itu bertahan dengan kadar masa yang singkat sahaja atas sebab-sebab dan alasan-alasan yang tertentu, beliau telah menarik diri dari menjadi rakan niaga kawannya. Beliau telah membuat keputusan supaya berniaga sendiri dan hasilnya adalah seperti sekarang. Puan Zubaidah menambah bahawa suaminya itu lebih berkeyakinan tinggi apabila melakukan perniagaan sendiri kerana beliau bebas dan tidak bergantung pada orang lain.

No comments:

Post a Comment

terima kasih atas komentarnya!;)

Newer Post Older Post Home