Saturday, December 29, 2012

Entrepreneurship & Personal Finance Assignment - BBBE 5003 #Part 8


8.0       KESEDARAN TERHADAP PELUANG PERNIAGAAN.

            Beliau memulakan perniagaan landskap ini pada bulan November 2009 yang mana pada asalnya beliau fokus kepada perniagaan dalaman rumah sahaja contohnya pasu bunga dan "bunting". Beliau melihat pada zaman sekarang ini, terdapat banyak perumahan-perumahan yang membangun di Malaysia khususnya tempat yang berdekatan dengan premis beliau membuka perniagaan, dan semua orang pada zaman sekarang mempunyai ekonomi yang makin maju. Beliau juga memandang kepada kepuasaan diri setiap orang untuk mencantikkan lagi rumah mereka. Ini juga mendorong dan memberi peluang kepada beliau untuk membuka perniagaan berbentuk landskap tersebut.

            Perniagaan beliau terletak di Nilai Square yang mempunyai kedudukan yang amat strategik kerana terletak di tepi jalan raya sahaja. Pelanggan yang datang ke kedai beliau bukan sahaja orang yang menetap di Nilai, bahkan semua penduduk di Malaysia ini juga turut mengunjungi perniagaan beliau contohnya pembeli dari Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Shah Alam, Singapura dan sebagainya. Beliau masih belum mempunyai modal yang kuat untuk membuka cawangan di tempat lain, akan tetapi bagi beliau, memperkembangkan satu kedai sahaja sudah cukup untuk  memberikan rezeki yang banyak pada diri beliau dan keluarga.

            Perniagaan dekorasi dalaman beliau sebelum ini bermula pada 8 March 2008. Beliau mengembangkan perniagaannya melalui permintaan orang ramai dan kebanyakannya dilihat pada rekaan pasu bunga dalam rumah sahaja. Beliau melihat kepada pelanggannya yang membeli pasu bunga dalam rumah ini dalam kuantiti yang sedikit iaitu satu atau dua sahaja. Manakala dalam perniagaan landskap pula, pelanggan boleh membeli dalam kuantiti yang banyak iaitu tujuh atau lapan pasu bunga yang berbentuk landskap.
            Beliau tidak menjual barang-barangnya dalam harga yang mahal tetapi beliau menjual dengan harga yang berpatutan contohnya dalam satu set RM 130.00 sahaja. Beliau juga memegang konsep “cepat keluar” yang di maksudkan barang yang dijual cepat habis. Apabila barang-barang beliau habis dengan cepat, beliau boleh menempah rekaan landskap baru dari Indonesia untuk di jual. Semua lapisan masyarakat turut mengunjungi perniagaan beliau tidak kira golongan yang berpendapatan tinggi sahaja malahan ada golongan pendapatan rendah juga mengunjungi perniagaan beliau.
Peniagaan beliau adalah lebih menjerumus kepada seni lukisan yang berbentuk abstrak dan pemandangan untuk menarik minat pembeli datang ke kedainya. Perniagaan landskap beliau juga telah berjaya dipromosikan dan telah diterbitkan  di dalam majalah “RENOVATION”, akhbar Utusan Malaysia dan akhbar Harian Metro  pada tahun 2009. 

No comments:

Post a Comment

terima kasih atas komentarnya!;)

Newer Post Older Post Home