Saturday, December 29, 2012

Entrepreneurship & Personal Finance Assignment - BBBE 5003 #Part 3


Encik Mislachuddin bin Djawahir
Bagi Puan Zubaidah, tidak ada orang lain yang boleh beliau contohi dan jadikan sebagai seorang idola dalam hidup dan kerjaya beliau melainkan suaminya Mislachuddin bin Djawahir. Suami beliau dilahirkan pada 30 Julai 1969  di Siduarjo, Jawa Timur. Hobi suaminya adalah membaca. Bagi suaminya setiap apa yang boleh dibacanya adalah ilmu, maka kesemua bahan bacaan menjadi peneman beliau ketika waltu lapang. Puan Zubaidah juga mengakui akan kekalahannya terhadap suaminya kerana beliau dan suaminya berbeza. Suami beliau bayak menghabiskan masa dengan membaca buku-buku ilmiah dan tidak mengira apa jua jenis bahan bacaannya. Puan Zubaidah menambah bahawa suaminya menyimpan matlamat u tuk meneruskan perjalanan kembara ilmunya sehingga ke peringkat yang lebih tinggi lagi iaitu Doktor Falsafah (PHD).
 Beliau menceritakan saat mula-mula baru membuka perniagaan landskap ini, beliau agak kurang berkeyakinan, akan tetapi suami beliaulah yang banyak memberikan beliau dorongan dan semangat. Beliau kurang percaya dengan kebolehan dirinya sendiri, tetapi dengan adanya semangat dan bantuan dari suami beliau yang dikenali dengan sifat pesimis, beliau tetap meneruskan perniagaan landskap dengan lancarnya sehingga sekarang. Beliau terlalu banyak memuji suaminya dengan berkata bahawa suaminya adalah seorang yang berfikiran kehadapan dan seorang yang mempunyai semangat yang kuat. Selain itu, suami beliau juga seorang yang berpengalaman dalam bidang politik.
Puan Zubaidah menceritakan tentang pengalaman suaminya yang bergiat aktif dalam bidang politik di Indonesia sekitar tahun 2004 dan suaminya juga pernah mencalonkan dirinya sebagai ahli parlimen dalam pilihanraya Indonesia sebagai ahli Dewan Rakyat. Bercerita tentang pengalaman suaminya dalam bidang politik di Malaysia pula, suaminya pernah menjadi ketua dalam parti politik Parti Kebangkitan Bangsa (PKB). Akan tetapi, sekarang beliau sudah tidak terlibat dalam mana-mana parti politik dan banyak menghabiskan masa beliau terhadap perniagaannya semata.

No comments:

Post a Comment

terima kasih atas komentarnya!;)

Newer Post Older Post Home