8.0 KESEDARAN TERHADAP PELUANG PERNIAGAAN.
Beliau memulakan perniagaan landskap ini pada bulan
November 2009 yang mana pada asalnya beliau fokus kepada perniagaan dalaman
rumah sahaja contohnya pasu bunga dan "bunting". Beliau
melihat pada zaman sekarang ini, terdapat banyak perumahan-perumahan yang
membangun di Malaysia khususnya tempat yang berdekatan dengan premis beliau membuka
perniagaan, dan semua orang pada zaman sekarang mempunyai ekonomi yang makin
maju. Beliau juga memandang kepada kepuasaan diri setiap orang untuk
mencantikkan lagi rumah mereka. Ini juga mendorong dan memberi peluang kepada
beliau untuk membuka perniagaan berbentuk landskap tersebut.
Perniagaan beliau terletak di Nilai Square yang mempunyai
kedudukan yang amat strategik kerana terletak di tepi jalan raya sahaja.
Pelanggan yang datang ke kedai beliau bukan sahaja orang yang menetap di Nilai,
bahkan semua penduduk di Malaysia ini juga turut mengunjungi perniagaan beliau
contohnya pembeli dari Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Shah Alam, Singapura dan
sebagainya. Beliau masih belum mempunyai modal yang kuat untuk membuka cawangan
di tempat lain, akan tetapi bagi beliau, memperkembangkan satu kedai sahaja
sudah cukup untuk memberikan rezeki yang
banyak pada diri beliau dan keluarga.
Perniagaan dekorasi dalaman beliau sebelum ini bermula
pada 8 March 2008. Beliau mengembangkan perniagaannya melalui permintaan orang
ramai dan kebanyakannya dilihat pada rekaan pasu bunga dalam rumah sahaja.
Beliau melihat kepada pelanggannya yang membeli pasu bunga dalam rumah ini
dalam kuantiti yang sedikit iaitu satu atau dua sahaja. Manakala dalam
perniagaan landskap pula, pelanggan boleh membeli dalam kuantiti yang banyak
iaitu tujuh atau lapan pasu bunga yang berbentuk landskap.
Beliau tidak menjual barang-barangnya dalam harga yang
mahal tetapi beliau menjual dengan harga yang berpatutan contohnya dalam satu
set RM 130.00 sahaja. Beliau juga memegang konsep “cepat keluar” yang di
maksudkan barang yang dijual cepat habis. Apabila barang-barang beliau habis
dengan cepat, beliau boleh menempah rekaan landskap baru dari Indonesia untuk
di jual. Semua lapisan masyarakat turut mengunjungi perniagaan beliau tidak
kira golongan yang berpendapatan tinggi sahaja malahan ada golongan pendapatan
rendah juga mengunjungi perniagaan beliau.
Peniagaan beliau adalah lebih
menjerumus kepada seni lukisan yang berbentuk abstrak dan pemandangan untuk
menarik minat pembeli datang ke kedainya. Perniagaan landskap beliau juga telah
berjaya dipromosikan dan telah diterbitkan di dalam majalah “RENOVATION”, akhbar Utusan
Malaysia dan akhbar Harian Metro pada
tahun 2009.
No comments:
Post a Comment
terima kasih atas komentarnya!;)