Saturday, December 29, 2012

Entrepreneurship & Personal Finance Assignment - BBBE 5003 #Part 10


12.0     KESIMPULAN.

Secara kesimpulannya, banyak faedah yang kami dapati daripada tugasan yang telah kami lakukan. Diantara faedah-faedah yang kami perolehi ialah, kami dapat mengetahui serba sedikit tentang cara-cara untuk  memulakan sesuatu perniagaan. Disamping itu juga, kami dapat mempelajari  bagaimana perniagaan ini boleh berjalan dengan lancar dan  menjadikannya sebagai sebuah perniagaan yang berjaya. Kami juga dapat menjadikan perniagaan yang beliau jalani sekarang sebagai salah satu perkara yang boleh menarik minat kami untuk mendalami bidang usahawan ini.
            Sehubungan dengan itu, sikap ketekunan dan kesabaran yang ditunjukkan oleh beliau dalam menjalankan perniagaan ini, banyak menarik minat kami untuk turut mencuba dan menceburi dalam bidang perniagaan ini. Walaupun banyak cabaran yang ditempuhi oleh beliau, tetapi semangat yang ada dalam diri beliau tidak langsung menunjukkan bahawa beliau seorang yang cepat putus asa, bahkan ditambah pula dengan dorongan dan semangat yang jitu dari suaminya.
Di sini juga, sifat sabar yang jelas terpancar dalam diri dan terbukti dengan wajah lembut beliau mencerminkan bahawa beliau merupakan seorang yang sabar dalam apa-apa juga masalah yang ditempuhinya.
Sebagai seorang manusia, kita perlulah sentiasa beringat bahawa setiap masalah atau cabaran yang datang itu, boleh membakar semangat kita dalam meneruskan kerjaya dan dalam apa jua bidang yang diceburi. Kerajinan juga adalah satu faktor yang menjadikan kerjaya kita itu menjadi lebih profesional  dan menjadikan diri kita akan lebih dihormati oleh orang lain dan masayrakat umumnya.


No comments:

Post a Comment

terima kasih atas komentarnya!;)

Newer Post Older Post Home