Saturday, December 29, 2012

Entrepreneurship & Personal Finance Assignment - BBBE 5003 #Part 4


4.0       PENGALAMAN KETIKA REMAJA.
Semasa remaja, secara jujurnya beliau mengakui bahawa beliau tidak pernah sama sekali terlibat dalam apa jua jenis perniagaan. Ini juga pastinya datang dari faktor keluarga yang tidak pernah mempunyai perniagaan sendiri dan beliau menegaskan bahawa hanya beliau seorang sahaja dalam keluarganya yang berkecimpung dalam bidang perniagaan ini.
Semasa zaman remajanya, beliau lebih banyak menumpukan perhatian terhadap pembelajrannya sehinggakan tidak ada masa untuk beliau terlibat dalam sebarang aktiviti perniagaan. Ini berbeza pula dengan apa yang dilalui oleh suami beliau. Suami beliau telah mula berkecimpung dalam bidang perniagaan semenjak dari kecil lagi atas factor keluarganya yang memang berniaga. Puan Zubaidah menambah bahawa ibu dan ayah suaminya telah mengajar dan melaith anak-anaknya suoaya berniaga semenjak dari kecil lagi. Bak kata pepatah, melentur buluh biar dari rebungnya, dan hasil didikan yang bersandarkan pada pepatah inilah yang menjadikan suaminya berjaya didalam bidang perniagaan ini sehingga sekarang. 
Puan Zubaidah juga menceritakan bahawa suaminya amat aktif berniaga semenjak disekolah dan di universitinya juga. Beliau berkata, sewaktu kuliah juga suaminya mengambil barang-barang di Bali dan dijualkannya pada rakan sekuliahnya di universiti. Diantara barangan yang dijual suaminya diketika itu adalah barangan pakaian seperti jacket dan kasut. Beliau mengambil barangan tersebut dari kedai-kedai yang teradapat di Indonesia yang mana barangan tersebut amat murah dan amat diminati oleh kaum lelaki dikolejnya.
Asas keluarga yang tidak berlatar belakangkan perniagaan menjadi sebab mengapa Puan Zubaidah tidak berkecimpung dalam bidang urusniaga ketika beliau remaja. Beliau juga ada menyatakan bahawa jika keluarganya juga berasal dari kalangan ahli perniagaan pasti dirinya juga ada minat untuk berniaga sama seperti suaminya. Akan tetapi, keluarga beliau kebanyakkannya bekerja dari sektor kerajaan dan swasta. Maka tidak hairanlah jika beliau tidak terikut berniaga pada peringkat usia remajanya.

No comments:

Post a Comment

terima kasih atas komentarnya!;)

Newer Post Older Post Home