Saturday, December 29, 2012

Entrepreneurship & Personal Finance Assignment - BBBE 5003 #Part 7


7.0       PERNIAGAAN SEBAGAI KERJAYA PILIHAN.
Beliau memegang dalam ayat al-quran yang menyatakan bahawa sembilan daripada pekerjaan salah satunya adalah perniagaan. Beliau juga memilih pekerjaan sendiri kerana tidak terikat dengan orang lain dan tiada sesiapa yang boleh menghalang dan mengarah beliau untuk membuka atau menutup perniagaan tersebut. Beliau juga bebas untuk berjalan kemana-mana sahaja tanpa dikawal dengan orang lain dan dapat meluangkan masa bersama keluarga pada bila-bila masa sahaja. Sekiranya beliau ingin mendapatkan keuntungan yang lebih, beliau juga berusaha untuk membuka perniagaan tersebut tanpa bercuti. Beliau juga berusaha dan cuba untuk mempamerkan perniagaan beliau melalui majalah untuk pengetahuan orang ramai.
            Keputusan ataupun pandangan yang dibuat oleh dirinya sendiri tanpa ada pandangan dari pihak yang lain. Beliau juga berasa puas hati apabila membuat keputusan dan menghasilkan kerja dengan sendiri 100%. Beliau juga bebas untuk membuat keputusan dan mengembangkan perniagaan sendiri berbanding bekerja dan berkongsi dengan orang lain. Pada pandangan beliau, apabila beliau berkongsi dengan orang lain, beliau tidak merasakan pendapat beliau diterima dan terdapat percanggahan diantara dua pihak berbanding dengan bekerja sendiri iaitu bebas untuk melakukan apa-apa sahaja yang beliau kehendaki.

No comments:

Post a Comment

terima kasih atas komentarnya!;)

Newer Post Older Post Home