Saturday, December 29, 2012

Pengurusan Bilik Darjah Sekolah Rendah.

Konsep Bilik Darjah

       Pada dasarnya konsep bilik darjah berubah mengikut zaman, jika dahulu kita lihat dua, tiga hingga ke lima orang belajar dibawah sepohon pokok besar dan mendengar ajaran seorang mahaguru boleh dianggap sebagai satu kelas. Kawasan bawah pokok besar itu juga boleh dipanggil sebagai kelas. Manakala anak-anak melayu yang pergi ke kelas pengajian al-Quran pada sebelah petang di masjid-masjid dan surau-surau itu juga dipanggil dan tergolong dalam konsep bilik darjah.

Namun, Konsep Bilik Darjah pada masa kini lazimnya ditafsirkan mengikut fungsi pendidikan atau cara penyusunan fizikalnya. Oleh itu, tempat-tempat seperti sebuah bilik yang mengandungi sekumpulan murid di bawah jagaan seorang guru, sebuah padang yang sedang digunakan untuk kelas pendidikan jasmani, sebuah perpustakaan yang digunakan sebagai sumber rujukan oleh guru dan murid-murid, sekumpulan yang sedang menonton program TV pendidikan di Pusat Sumber, murid yang menggunakan strategi carian melalui Internet dalam bilik komputer, setiap satunya boleh digolong dibawah konsep bilik darjah.

Pada dasarnya, sebuah bilik darjah biasanya dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan seperti kerusi, meja yang disusun mengikut kehendak aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran, papan tulis dan alat bantu mengajar, termasuk dua puluh hingga lima puluh orang murid dalam lingkungan umur yang lebih kurang sama yang berada di bawah jagaan seorang guru.



No comments:

Post a Comment

terima kasih atas komentarnya!;)

Newer Post Older Post Home