Saturday, December 29, 2012

Entrepreneurship & Personal Finance Assignment - BBBE 5003 #Part 1


1.0              PENGENALAN
Sebagaimana yang kita ketahui, perkataan “Usahawan” ataupun didalam bahasa Inggerisnya “entrepreneur” datang dari perkataan bahasa Perancis “entrepedre” yang bermakna “to undertake”. Dalam maksud bahasa Melayu ianya boleh dimaksudkan sebagai “untuk mengambil alih”[1].
Menurut Wikipedia[2], Usahawan adalah sesiapa yang:
  • terlibat dalam perniagaan, baik membuat, menjual ataupun berdagang barang-barang;
  • pemilik tunggal bagi syarikatnya; serta
  • telah bertapak dari segi keperluan harian tetapi masih bercita-cita mengembangkan pengaruh dan kekayaannya.
Banyak penyelidikan yang telah dijalankan dan kesemuanya menunjukkan bahawa usahawan-usahawan kini yakin pada keupayaan mereka untuk mengawal takdir kendiri. Oleh kerana  kepercayaan ini, mereka bertindak dengan cara yang amat individualistik dan juga dengan cara yang agak  memberontak. Ini juga menyebabkan sikap yang sudi menerima terlalu banyak kerja yang tidak boleh diterima oleh orang biasa, menggalakkan ketabahan yang luar biasa bagi setiap usahawan dan menukarkan corak gaya dedikasinya itu kepada sebuah konsep, produk ataupun usaha perniagaan. Inilah yang dinamakan sebagai usahawan.
            Jika kita lihat pada aspek usahawan kini, kita tidak boleh membezakan mereka dari segi tahap pendidikan yang ada pada mereka kerana, usahawan yang tidak mempunyai apa-apa maklumat ataupun pendidikan terhadap bidang perniagaan juga boleh menceburi bidang ini, bahkan mereka lebih terkenal dengan sifat kreatif semulajadi yang ada pada mereka. Begitu jugalah yang telah dibuktikan terhadap usahawan yang telah kami temubual ini.
            “From nothing to something”. Kalimah ini sesuai diungkapkan bagi usahawan wanita ini. Hanya berbekalkan semangat dari seorang suami, beliau berjaya merealisasikan perniagaannya dalam dekorasi landskap dan juga seni lukisan sehinggakan sekarang beliau dan suami sudahpun mempunyai sebuah galeri yang terletak di Nilai Square.



[1] Entrepreneurship,” Towards Developing Global Entrepreneurship Socities” m/s:2.

No comments:

Post a Comment

terima kasih atas komentarnya!;)

Newer Post Older Post Home